Saturday, 28 December 2013

10 sebab dan keburukan sistem operasi ANDROID!!

Assalammualaikum, 




Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan sistem operasi Android yang sedang menguasai sistem operasi telefon pintar didunia..Keburukan sistem android ini banyak datangnya daripada kehendak Google sendiri yang mahukan Android menguasai sistem operasi smartphone.Sebenarnya android boleh menyamai kehebatan sistem ios dengan mudah oleh Google tetapi disebabkan google mahukan semua peranti pintar ini boleh menjalankan sistem operasi ANDROID dari versi peranti murah sehingga peranti mahal jadi inilah hasilnya.Ia amat mewah dan ranggi . Android adalah satu platform yang sangat menarik dan boleh disesuaikan dengan semua smartphone dan merupakan pesaing utama untuk Apple iPhone dan IOS . Ilham Google dalam mencapai status arus perdana membolehkan mereka merajai OS telefon pintar. Sesetengah orang akan berkata, menjadi popular bukanlah jaminan membuatkan ia baik dan menarik.

Bagi saya pertumbuhan Android adalah luar biasa. Dalam masa setahun, mereka boleh mencapai dari 35% kepada 52.4% bahagian pasaran didunia . Malah saya juga  sebahagian dari statistik yang dikeluarkan tahun lepas bagi pasaran telefon pintar.Saya harap update terbaru 4.4 KITKAT google dapat mengatasi masalah ini kerana versi terbaru ni support untuk peranti low-end sehingga high-end.



1.Freezing/Force Close. Perkara pertama yang saya bosan menggunakan Android ni  adalah kerana freezing/force close. Aplikasi akan force close apabila tiada tindak balas.Anda akan diminta untuk menutup app secara paksa.kalau rajin report la. Perkara ini bukan lah perkara yang terpecil.Jika anda rujuk dimana-mana forum android memang banyak orang complain berkenaan hal ini.Perkara ini datangnya dari OS android itu sendiri.. Walaupun Android berasaskan Linux, kita rasa seperti kita menggunakan versi telefon pintar Windows Vista. Sentiasa Force Close!..Perkara ini banyak terjadi pada smartphone low-end dan middle. bagi high end seperti S4,Note3,HTC One, Sony Z1, LGG2 kurang mengalami masalah ini kerana mempunyai processor yang lebih berkuasa.

2.Iklan. Aplikasi di peranti Android memang boleh didapatkan dengan mudah dan percuma, namun masalahnya di setiap Aplikasi tersebut, akan selalu ada Iklan yang terpampang, entah kat atas atau kat bawah aplikasi. Kalau nak atasi masalah ni kena la root smartphone anda.pasang aplikasi ADway.Iklan berjaya dihalang.

3.Fragmentation(Pemecahan). Salah satu masalah yang lebih serius dengan Android adalah platform berpecah-belah. Kebanyakan aplikasi bergantung kepada versi yang lebih baru daripada Android yang bermakna sama ada anda perlu untuk menaik taraf OS anda ataupun membeli peranti baru yang mempunyai update terkini. Jika anda menggunakan Os Gingerbread atau Ice cream Sandwich tetapi aplikasi hanya support untuk pengguna yang menggunakan OS 4.1 jellybean keatas. Oleh kerana kebanyakan pengeluar peranti mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan update terbaru jadi tak dapatlah anda menikmati aplikasi yang tak support pada peranti anda..Biasanya kitaran update OS terbaru bagi pengguna smartphone yang menggunakan android hanya 18 bulan.Lepas 18 bulan takda lagi update terbaru jadi terpaksalah tukar smartphone baru..Pandaikan mereka paksa pelanggan membeli lagi smartphone baru.Sebenarnya, saya tidak terkejut . Selain daripada versi Android bagi peranti NEXUS, anda juga mempunyai pilihan dari pengeluar peranti  Android. HTC mempunyai SenseUI , Samsung TouchWiz , dan Motorola mempunyai MotoBlur . Setiap pengeluar menggunakan Android dan mertukar ke dalam versi mereka sendiri dengan unik . Ini menjadikan pengalaman setiap peranti mempunyai hasil yang berbeza. Hasilnya ? Pemecahan .

4.Internet. Memerlukan sambungan Internet yang terus menerus – kebanyakan peranti Android memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif.kena ada duit lebih sikit la kalau nak gunakan peranti android ni.



5.UI Yang Teruk. Masalah seterusnya saya dengan Android adalah antara muka pengguna. Pada mulanya, saya fikir ia adalah hebat . saya merasakan ia seperti kita mempunyai sebuah komputer kecil di tangan. Selepas menggunakannya untuk sementara waktu, saya mempunyai peluang untuk melihat secara objektif di dalamnya. Saya dapati ia bukanlah seperti yang saya harapkan. Kebanyakkan pengeluar tidak memberi UI yang hebat terutamanya samsung...dan kebanyakkan pengguna akan menggunakan launcher berbayar untuk mengatasi masalah ini.



6.Widget. Selain dari masalah UI yang teruk adalah widget. Widget adalah aplikasi seperti mikro yang dijalankan pada " desktop " Android. Banyak aplikasi datang dengan widget yang anda boleh letakkan pada skrin Home anda. Android mempunyai beberapa pramuat dan HTC pula mempunyai banyak widget di SenseUI mereka .Ada yang mudah, ada yang berfungsi, ada yang hodoh dan ada yang nampak bodoh. Semua widget ini kelihatan keluar dari tempatnya melainkan jika anda mengikuti skim warna yang ketat. Namun begitu, konsisten adalah masih sukar untuk dicapai melainkan jika anda mempunyai tema yang hebat. Saya juga pernah cuba untuk menggunakan banyak widget pada peranti saya tetapi OS akan rasa berat dan banyak penggunaan ram...bateri juga lebih banyak disedut. Pengeluar peranti juga tidak menyediakan widget yang menarik. Jadi kena beli di playstore baru dapat widget yang cantik.



7.Jangka hayat bateri. Bateri adalah komponen paling penting dalam smartphone. Bila kuasa bateri tu rendah, maka sekejaplah kita boleh guna, tapi bila kuasa bateri tu tinggi, kita boleh guna sampai berhari2. Tapi kebanyakan smartphone sekarang mempunyai kuasa bateri sekitar 1500mAh - 2500 mAh. Bagi saya ini tidak mencukupi sebab smartphone banyak consume power battery.OS android bagi saya terlalu kuat menyedut kuasa bateri apabila kita tidak menggunakannya. Jika guna lagi kuat bateri habis..Jadi anda terpaksa melakukan beberapa langkah bagi memastikan jangka hayat lebih panjang.Kena buka tutup data network, tutup semua aplikasi , clear ram, kurangkan brightness anda ataupun memasang aplikasi bateri saver.



8.Tetap lembap walaupun menggunakan Processor yang berkuasa. Bercakap pemproses kelajuan GHz , dari pandangan saya masih rasakan peranti yang menggunakan sistem Android tetap mengalami masalah kelembapan.Masalah ini hadir biasanya setelah anda menggunakan bagi tempoh 3 bulan keatas . Iphone 5 menggunakan processor yang lebih rendah dari samsung s4..tetapi ios lebih lancar walaupun bertahun kita menggunakannya.Bagi android kita perlu selalu servis bagi mendapat kelancaran yang hebat.. Bagi peranti low-end dan middle ia amat menyedihkan melihat betapa lembapnya android tersebut walaupun menggunakan dual core 1.2 Ghz.Ia nampak lembap dan selalu hang..harap update baru kitkat 4.4 dapat mengatasi masalah bagi peranti low-end dan middle. Jelly bean begitu teruk bagi peranti low-end dan middle.



9.Shady App Opt-in. Kebanyakan aplikasi  pihak ketiga Android ini  mempunyai opt-in yang memerlukan anda untuk membocorkan privasi anda. Aplikasi ini sering mendapat akses kepada data dan lokasi anda. Mengapa aplikasi pihak ketiga perlu tahu di mana anda berada? Masalahnya ialah anda tidak boleh memasang aplikasi ini tanpa memberi persetujuan kepada mereka. Lama - kelamaan ia menjadi perkara biasa pada anda, anda tidak berfikir mengenainya lagi. Klik seterusnya , seterusnya , menerima, memasang . Anda mahu akses ke lokasi GPS saya? Boleh! Mengapa tidak ...Haha



10.Had penggunaan dan kawalan. Akhir sekali banyak perkara yang disekat didalam android ini oleh pengeluar,,anda tidak mendapat akses sepenuhnya.Ia menyebabkan anda perlu root peranti anda untuk mendapat kawalan yang sepenuhnya. Tetapi warranty void!! . Itu masalahnya. banyak perkara yang boleh dilakukan pada android tetapi disekat..Banyak aplikasi yang memang tersedia dipasang oleh pengeluar tetapi anda tidak boleh buang kerana telah dikunci.Kadang kala aplikasi itu anda tidak perlukan..ia hanya menghabiskan memori dan penggunaan ram anda sahaja. Semua perkara ini menyebabkan kawalan yang terbatas untuk sebuah peranti yang anda telah bayar beribu-ribu.anda..Anda akan kecewa jika anda seorang yang hardcore pada peranti..Tetapi jika perempuan mereka tidak tahu apa-apa berkenaan kawalan ini...haha

Ulasan.

Ini adalah 10 perkara yang saya membosankan pada Android. Walaupun ada yang lebih serius daripada yang saya nyatakan , saya rasa ini adalah perkara yang baik untuk dinilai oleh pengguna sebelum membuat keputusan pembelian peranti yang mahal. Tiada platform yang sempurna dan saya tidak mengatakan bahawa Android tidak bagus.. Banyak juga yang bagus berkenaan android ini dan lebih bagus dari IOS. Jadi kita tidak perlu terlalu beremosi untuk mempertahanka OS apa yang kita sedang guna sekarang..Saya sendiri gunakan kedua-dua os iaitu Android dan IOS... Walaupun popular tidak bermakna ia hebat, saya tidak boleh menafikan kesan yang besar yang dibawa oleh android pada telefon pintar . Kebanyakkan kelemahan android ini seperti yang saya nyatakan adalah kerana android mahukan semua orang boleh menggunakan telefon pintar dari peranti yang murah sehingga yang mahal.Ini pengorbanan dari pihak google sendiri. Saya harap mereka bekerja keras untuk memperbaiki platform mereka untuk pengguna. Cukup tentang apa yang saya fikirkan. Saya menggunakan samsung galaxy s4 lte. dan ketika ini saya sangat berpuas hati dengan peranti saya.Apa yang anda tidak suka mengenai Android?

10 sebab tidak perlu beli iphone!!

Assalammualaikum,

Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan iphone dan sebab - sebab kenapa anda tidak memerlukan iphone. Dengan perkembangan teknologi terkini gajet adalah perkara wajib untuk dimiliki kerana ianya satu keperluan. Jika tidak anda akan ketinggalan zaman..Saya juga memiliki iphone 5 dan sekarang saya baru memliki samsung galaxy s4.Bila saya menggunakan kedua - dua nya ia dapat melengkapi keperluan saya..kedua-duanya ada pro dan kontra.. lepas ni saya akan kongsikan 10 sebab tidak perlu beli android.20131128-010243.jpgBukanlah saya anti iPhone. Saya juga pengguna iPhone. Saya tuliskan ini sebagai sesuatu yang perlu ambil tahu tentang iPhone khasnya kepada yang berminat untuk beli iPhone. Sebelum beli, baca ni dulu.


1. Skrin iPhone kecil. Keyboard touch screen pun kecil. iPhone 4s dan yang terawal cuma 3.5″, iPhone 5 dan yang terkini cuma 4″ sahaja. Sedangkan Adroid phone tawarkan pelbagai saiz skrin yang biasanya lebih besar..
Bagi yang sangat suka main game perang, bola, lumba kereta bagi saya kurang menyeronokkan dengan saiz screen terlalu kecik.Button pun asyik salah picit..maklumlah jari besar.Tetapi dengar cerita dari berita - berita seluruh dunia iphone akan memperkenalkan screen yang lebih besar bagi iphone 6 nanti...tunggulah.

2. iPhone susah dijaga. Body iPhone dibuat dari metal dan kaca. Sentiasa kena jaga-jaga takut calar. Beli cover yang biasa tak sampai maksud, beli pula cover yang mahal.Kalau jatuh anda pasti menangis...haha


3. Apple perbodohkan pengguna iPhone dengan pelbagai cara. Apple tampilkan Siri dalam iOS 6 tapi hanya untuk iPhone 4s dan terkini. Apple tampilkan Airplay dan AirDrop dalam iOS 7 tapi hanya untuk iPhone 5 dan yang terkini. Kalau pengguna nak, sila beli iPhone baru.Terkena kan...


4. Apple paksa pengguna iPhone untuk setia. Pengguna iPhone yang dah terpikat dengan app yang tersedia dalam App Store sukar untuk beralih kepada telefon pintar lain. Pages, Keynote, Numbers, iPhoto, iMovie, Garageband dan Momento terlalu memikat hati.


5. Home button iPhone masih primitif. Walaupun iPhone 5s dilengkapi dengan fingerprint sensor, tapi ia masih primitif. Home button ialah button yang paling banyak ditekan dalam operasi iPhone dan button inilah yang akan gagal dahulu berbanding button lain. Jadi Home button sepatutnya dibina sebagai touch button, bukan press button.


6. Control Center dalam iOS 7 masih tak boleh off/on Celular Data secara terus. Masih perlu masuk ke Settings untuk off/on sedangkan celular data inilah tukang perhabis bateri paling lasak. Tak praktikal lah bila fungsi penting ni disorok dalam Settings.Rasanya android lebih menarik kot..haha


7. Notification Center dalam iOS 7 mundur ke belakang. Tap to Tweet danTap to Post yang merupakan ciri menarik dalam iOS 6 dikeluarkan bila ditingkatkan ke iOS 7.


8. iPhone tak ada fungsi Schedule. Do Not Disturb dalam iOS 7 terlalu simple, tak boleh harap. Schedule yang pengguna perlukan ialah yang boleh mengawal aktiviti setiap app supaya penggunaan bateri dapat dimaksimumkan. iPhone tak ada keupayaan ni. Do Not Disturb dalam iPhone cumalah idea mengarut.


9. Apple busy body. Bila beli iPhone, pengguna perlu register AppleID untuk membolehkannya download app dari App Store. Masa register pengguna akan “ditelanjangkan” dengan semua maklumat kena beri kepada Apple termasuk nombor kad kredit. Manakala untuk pengguna iPhone 5s diumpannya pula berikan cap jari. iPhone ni mengumpul semua maklumat sulit termasuk Photos, Contact, Location dan semua yang berkaitan dengan Sosial network kita.


10. iPhone dikekalkan dengan harga yang eksklusifnya. Kalau nak murah, orang akan beli dari Telco macam Maxis, Celcom dan DiGi. Kena patuhi kontrak langganan. Maka jadilah hamba abdi Telco untuk komitmen bulanan yang merepek dan menyiksakan. Kira balik betul-betul sebenarnya tak murah pun. Malah lebih mahal dan merugikan. Bagi saya iphone ni " OVERPRICED"


Solusi terbaiknya ialah jangan beli iPhone. Beli saja smartphone Android yang harganya kurang RM500 body plastik. Tak perlu tambah modal beli cover. Guna “naked” macam tu saja. Habis action pun tampal skrin protector. Guna pula dengan prepaid pakej internet asas percuma. Otak tak sakit, jiwa pun tak kacau.

Thursday, 26 December 2013

Aplikasi Layan Movie untuk OS ANDROID

Assalammualaikum,

Jika anda biasa dengan laman-laman seperti acg-tubePencuri Movie, atau Njoy Tube, maka anda patut tahu ada satu lagi laman yang serupa iaitu Layan Movie.

Baru-baru ini Admin laman Layan Movie telah mengeluarkan aplikasi mereka yang tersendiri dan nama aplikasi tersebut diberikan bersempena nama laman web mereka iaitu 'Layan Movie'. Aplikasi ini khas untuk peranti Android dengan keserasian versi 2.2 ke atas.
Setelah saya selesai muat turun, maka bermulalah sesi pemasangan dan ujian ke atas aplikasi ini:

1. Pasangkan aplikasi ini:



2. Anda akan disambut dengan paparan seperti dibawah:



3. Kemudian anda perlu tunggu sebentar untuk aplikasi ini memuat turun data:




4. Ini ialah paparan lalai (default) yang menampilkan kategori filem seperti English, Hindi,     Chinese dan lain-lain.



5. Apabila anda seret ke sebelah kanan, ia akan paparkan seperti berikut pula:



6. Ini ialah paparan bagaimana filem yang dimainkan kelihatan. Disebabkan filem tersebut dihoskan didalam Google Drive, maka tiada butang 'full screen' untuk ditekan. Harap maklum.



7. Yeahhh.. ikon Layan Movie sudah siap sedia untuk ditekan.



8. Setiap filem akan diberikan sinopsis jalan cerita:



9. Untuk menonton filem yang anda pilih, klik pada 'Visit website':



10. Ini ialah paparan 'Settings' aplikasi Layan Movie:



Ulasan: Aplikasi Layan Movie ini telah dibuat dengan baik sekali. Ia menampilkan ciri paparan antaramuka seakan aplikasi YouTube. Jika ada perkara yang boleh ditambah baik, saya cuma berharap akan terdapat pilihan untuk memainkan video kepada external player seperti Dice Player atau MX Player supaya kita dapat memainkan video kepada paparan skrin penuh.Jika tidak dapat sekalipun, buatlah internal player dan mempunyai kebolehan untuk memainkan video dengan skrin penuh kerana hanya ciri ini sahaja yang menjadikan ia sebuah aplikasi 'layan movie' yang terbaik. Selain itu kalau ia boleh 'meniru' konsep pemain video aplikasi YouTube yang boleh di-minimize untuk multi-tasking, atau popup player seperti Dice Player, ini akan menjadikan aplikasi ini lebih bagus lagi.


Muat turun : Layan Movie









Membuat Hotspot WIFI dengan Connectify

Assalammualaikum,


Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang baru saya ketahui...mungkin juga ada yang dah guna software ini..sofware ini sangat bermanfaat untuk digunakan jika anda mempunyai banyak gajet untuk disambungkan dengan internet.Connectify adalah sebuah software unik yang boleh digunakan untuk membuat hotspot dengan hanya bermodalkan fasiliti wifi yang tersedia pada laptop / notebook. Jadi, jika anda ingin membuat hotspot sendiri tapi tidak mempunyai router maka Connectify lah penyelesaiannya. Disamping itu kita dapat jimatkan duit tanpa membeli router yang mahal. kita juga boleh kongsikan sambungan internet dimanapun kita berada asalkan membawa laptop yang mempunyai internet yang disambungkan melalui modem( biasanya saya akan guna connectify ini di office jika nak download movie @ games pada smartphone saya..office takde wifi katakan). Untuk pengetahuan connectify ini hanya boleh digunakan pada window 7 dan keatas.window xp tak support.versi connectify ni ada 2 jenis berbayar dan percuma..kalau taknak bayar guna yang percuma pun dah ok....boleh rujuk website disini .... 


Kalau nak download rujuklah kat disini

Friday, 13 December 2013

360 CLOUD : Sedikit Tips


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Ada yang menghadapi sedikit masalah selepas mendaftar dengan 360 Cloud untuk menggunakan Desktop Client mereka disebabkan tiada tetapan untuk menggunakan bahasa selain dari bahasa Cina. Jikalau anda menggunakan pelayar sesawang seperti Google Chrome, dan membuka storan awan anda di sesawang maka anda dengan mudah boleh menukar bahasa dari Cina ke Inggeris atau bahasa yang anda kehendaki.

Cuma klik kanan dan pilih "Translate to English"

Tetapi desktop client tidak mempunyai ciri yang membolehkan kita terjemah bahasa di dalam client tersebut. Di sini saya menyediakan sedikit tip untuk pengguna semua, harap dapat membantu. Maklumlah, saya jugak tidak berapa faham, tapi disebabkan ingin tahu fungsi setiap butang maka saya klik satu per satu.

1. Untuk upload fail, klik butang tersebut

2. Cipta Folder dan fail yang diingini

3. Untuk download semula fail dari storan awan, klik pada fail tersebut, maka butang muat turun akan timbul

4. Klik butang share untuk kongsi fail dengan orang lain, atau klik butang buka untuk buka fail terus

5. Untuk buka dan tutup tetingkap tepi dan susun fail

6. Tuka view untuk fail dan folder anda

Yang lain itu anda terokalah sendiri ya.. Selamat mencuba.

360 CLOUD: Storan Awan Bersaiz 36TB Percuma


Assalammualaikum dan salam sejahtera warga blogger sekalian.
Sebelum ini kita didedahkan dengan storan awan antarabangsa seperti Dropbox, Box, Shared, SurDoc, Pogoplug, MEGA, Hostr dan banyak lagi storan awan yang tidak kita ketahui dan terokai lagi. Akan tetapi amat jarang di antara kita didedahkan dengan storan awan dari negara China. Mungkin masalah bahasa menjadikan kita tidak berminat untuk menerokai storan awan mereka.

Tahukah anda di China, storan awan percuma tidak lagi di paras GB(gigabytes). Di sana paling kurang kapasiti yang diberikan adalah 1TB(terabytes) bersamaan dengan 1024GB. Antara syarikat yang menawarkan storan percuma bersaiz TB ini adalah Qihoo 360, Tencent iaitu syarikat pengeluar WeChat, Baidu, dan Yunio. Tencent telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan storan awan versi bahasa Inggeris untuk pengguna antarabangsa pada awal tahun 2014. Di sini saya ingin kongsi dengan anda semua 360 Clouddari Qihoo.

Qihoo sebenarnya adalah sebuah syarikat gergasi dari China yang mengeluarkan produk antivirus seperti 360 Internet Security360 Mobile Security untuk peranti Android dan iPhone, serta 360 Browser berasakan enjin chromium. Anda boleh dapatkan informasi tentang syarikat ini di sini [Pautan] beserta produk antivirus mereka di sini [Pautan].

Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan sahaja kepada cara-cara untuk daftar storan awan ini dan seterusnya mendapatkan 36TeraBytes itu.

1. Anda perlu membuat akaun klik pada pautan tersebut: [Pautan]
2. Akan keluar paparan seperti berikut, ikut seperti gambar dibawah:

Klik untuk paparan lebih jelas

3. Akan keluar seperti gambar di bawah ini. Anda akan dapati saiz permulaan yang anda dapat adalah 5GB. Jangan risau, muat turun pula 360 Desktop Client dengan klik pada kotak biru tersebut. Pasangkan pada PC anda sehingga selesai. Kemudian klik pula pada butang berwarna oren untuk mendapatkan 10TB anda.

Klik untuk paparan lebih jelas

4. Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah. Cuba log masuk username dan password anda. Jika tidak boleh klik pada tulisan berwarna oren di sebelah kanan bawah. Saya hadapi masalah untuk log masuk pada laman tersebut tetapi berjaya setelah klik pada tulisan oren tersebut untuk log masuk.


5. Anda sudah berjaya mendapatkan storan bersaiz 10TB (^_^). Sekarang untuk mendapatkan baki 26TB tersebut, anda perlu memasang aplikasi pada telefon bimbit anda pula. Download QR Reader pada peranti anda dan lakukan imbasan pada kod di bawah untuk muat turun aplikasi.

Klik untuk paparan lebih jelas

6. Selesai sahaja memasang aplikasi tersebut pada peranti anda, log masuk ke akaun anda di peranti tersebut dan klik pada pautan ini untuk mendapatkan baki storan awan anda dan seterusnya klik pada butang bewarna oren: [Pautan]

7. Selesai.. anda boleh menggunakan desktop client untuk muat naik maksimum 5GB per fail ke storan awan anda. Jikalau anda tidak mahu menggunakan dekstop client itu, anda boleh guna laman sesawang sahaja akan tetapi had limit untuk muat naik di laman sesawang hanyalah 360MB per fail sahaja. Sekian.. ada apa-apa pertanyaan boleh la diajukan pada ruangan disqus di bawah..

Kelajuan muat turun fail dari storan awan ini juga memuaskan, anda boleh muat turun fail tersebut untuk cuba kelajuan muat turun:


Saya menggunakan Streamyx 4Mbps, jadi (4/8=500KB/s) ok la tu kelajuan nyer.. huhu

Candy Crush Cheats, Hack and Tips- Jom Tengok!!!!

Salam 1 Malaysia,

Dengan kira-kira 50 juta pemain sebulan di seluruh dunia, Candy Crush Saga yang di bawa oleh King.com adalah permainan sosial mega-hit yang terdapat dalam android, ios, windowphone dan macam - macam lagi.. Salah satu website games terkenal Gamewise akan membawa anda langkah satu set lengkap cheats dan tips untuk semua tahap Candy Crush Saga . Anda boleh memilih tahap mana yang anda rasakan sukar untuk dilepasi daripada senarai di bawah untuk bantuan dan tip bagaimana untuk menyelesaikannya. Selamat berjaya.....

Candy Crush Levels 1 - 40 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 41 - 80 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 81 - 120 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 121 - 160 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 161 - 200 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 201 - 240 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 241 - 280 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 281 - 320 Cheats and Tips
Candy Crush Levels 321 - 360 Cheats and Tips

Saya dah cuba dan berjaya...anda bagaimana???

Redline Rush v1.3.1 Mod Money Apk

Salam 1 Malaysia,



Hari ni saya nak kongsikan 1 lagi aplikasi perlumban kereta yang terdapat dalam google playstore.
permainan ini cukup popolar datang dari Crescent Moon Games...Permainan ini ditawarkan secara percuma. boleh rujuk disini ( https://play.google.com/store/apps/details?id=com.crescentmoongames.redline_rush&hl=ms ).

Fungsi: 

  • Visual Menakjubkan
  • 8 +8 kereta sport
  • 3 trek menakjubkan
  • epic crash
  • berlawan dengan rakan anda
  • Integrasi Scoreloop 
  • Berjalan baik pada Tablet!..
Boleh download disini jika anda mahukan version mod money jadi anda boleh mendapatkan semua fungsi dengan jumlah wang yang sedia ada...

Download APK | 13.4 MB:


Download SD Data (sdcard/Android/Obb) | 47.43 MB:




Thursday, 12 December 2013

P1 Wimax Banyak Menipu Pelanggan??

Benarkah P1 Wimax banyak menipu pelanggan? Ada yang mendakwa kerana terlalu banyak menipu maka satu page di laman sosial facebook telah di wujudkan bagi melaporkan kegiatan penipuan mereka di sini 
Jom baca salah satu masalah sehingga di dakwa sebagai satu penipuan di bawah.


P1 Wimax Banyak Menipu Pelanggan??


Assalamualaikum,
1.Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.

2.Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan.

3.Saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku dengan memberi saya pelbagai helah.

4.Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100% dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.

5.Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU oleh pihak P1 Wimax. Click sini: https://www.facebook.com/groups/159121421506/ .

6.Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah menyusahkan saya dalam urusan pinjaman. Pihak Berkuasa Tolong Bertindak! - Sumber Aduan Rakyat

Wednesday, 11 December 2013

KEMEGAHAN DAN KEINDAHAN ISTANA NABI SULAIMAN

Salam 1 Malaysia.

Hari ini saya nak bercerita berkenaan kisah Nabi Sulaiman.Istana Nabi Sulaiman merupakan istana yang sangat megah dan menakjubkan. Kitab suci pun menulis mengenai kebijaksanaan Nabi Sulaiman dan bagaimana ia membangun istana yang luar biasa tersebut.
Istana Nabi Sulaiman AS
Catatan sejarah mengungkapkan pertemuan antara Sulaiman dengan Ratu Saba berdasarkan penelitian yang dilakukan negeri tua Saba di Yaman Selatan. Penelitian yang dilakukan terhadap reruntuhan mengungkapkan bahwa seorang “ratu” yang pernah berada di kawasan ini hidup antara 1000 s/d 950 SM dan melakukan perjalanan ke Utara ( ke Jerusalem).
Keterangan lebih terperinci tentang apa yang terjadi diantara dua orang penguasa, kekuatan ekonomi dan politik dari dua negara ini, pemerintahan mereka dan hal lain yang lebih terperinci semuanya diterangkan dalam Surat An Naml. Kisah yang meliputi sebagian besar surat An Naml, memulai keterangannya tentang ratu Saba berdasarkan berita yang dibawa oleh seekor burung Hud, salah satu tentara nabi Sulaiman kepadanya
Dalam surat dan ayat yang menerangkan tentang ratu Saba, Nabi Sulaiman juga disebutkan. Dalam Al Qurán diceritakan bahwa Sulaiman mempunyai kerajaan serta istana yang mengagumkan dan banyak perincian lain yang diberikan.
Berdasarkan ini, Sulaiman dapatlah dikatakan memiliki teknologi yang maju dimasanya. Di istananya terdapat berbagai karya seni dan benda-benda berharga, yang mengesankan bagi semua yang menyaksikanya. Pintu gerbang istana terbuat dari gelas. Penyebutan Al Qurán dan akibatnya terhadap ratu Saba disebutkan dalam ayat berikut :
Dikatakanlah kepadanya: “Masuklah ke dalam istana”. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya”. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca”. Berkatalah Balqis: Ya, Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.(QS An Naml 44).
Setelah kuil Sulaiman dihancurkan, satu-satunya dinding/tembol kuil yang tersisa diubah menjadi “Tembok ratapan”oleh Yahudi. Setelah penaklukan Jerusalem di abad 7, kaum Muslim membangun Masjid Umat dan Kubah Batu dimana kuil tersebut dahulunya berada. Dalam gambar disebelah kanan tampak Kubah Batu.
Istana Nabi Sulaiman AS
Istana Nabi Sulaiman disebut dengan “Solomon Temple/Kuil Sulaiman” dalam literatur bangsa Yahudi. Saät ini, hanya “Tembok sebelah Barat” yang tersisa dari bangunan kuil atau istana yang masih berdiri, dan pada saat yang bersamaan tempat ini dinamakan “Tembok Ratapan/Wailing Wall”oleh orang Yahudi. Alasan mengapa istana ini, sebagaimana banyak tempat lain yang berada di Jerusalem kemudian dihancurkan adalah dikarenakan tindakan jahat serta kesombongan dari bangsa Yahudi. Hal ini diberitahukan oleh Al Qurán sebagai berikut :
Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.(QS al Isra 4-7).
Kuil Sulaiman memiliki teknologi yang paling maju saat itu dan pemahaman estetika yang unggul. Pada gambar di atas ditunjukkan pusat kota Jerusalem selama masa pemerintahan Nabi Sulaiman.
  1. Pintu Barat daya
  2. Istana Ratu
  3. Istana Sulaiman
  4. Pintu gerbang dengan 32 pilar
  5. Gedung pengadilan
  6. Hutan Libanon
  7. Kediaman pendeta tingkat tinggi
  8. Pintu masuk ke kuil
  9. Alun-alun kuil
  10. Kuil Sulaiman
Seluruh kaum yang disebutkan dalam bab-bab terdahulu patut mendapatkan hukuman karena pemberontakan mereka dan ketidak bersyukuran mereka atas karunia Allah, dan makanya merekapun ditimpa bencana. Setelah berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan sebah rumah di tanah suci pada masa Sulaiman, bangsa Yahudi sekali lagi dihancurkan karena perilaku mereka yang diluar batas, dan karena tindakan mereka yang merusak dan membangkang. Yahudi modern yang telah menetap di daerah yang sama dengan daerah dimasa lalu, kembali menyebabkan kerusakan dan “berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa” sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.