Assalammualaikum,
Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan iphone dan sebab - sebab kenapa anda tidak memerlukan iphone. Dengan perkembangan teknologi terkini gajet adalah perkara wajib untuk dimiliki kerana ianya satu keperluan. Jika tidak anda akan ketinggalan zaman..Saya juga memiliki iphone 5 dan sekarang saya baru memliki samsung galaxy s4.Bila saya menggunakan kedua - dua nya ia dapat melengkapi keperluan saya..kedua-duanya ada pro dan kontra.. lepas ni saya akan kongsikan 10 sebab tidak perlu beli android.
Bukanlah saya anti iPhone. Saya juga pengguna iPhone. Saya tuliskan ini sebagai sesuatu yang perlu ambil tahu tentang iPhone khasnya kepada yang berminat untuk beli iPhone. Sebelum beli, baca ni dulu.
1. Skrin iPhone kecil. Keyboard touch screen pun kecil. iPhone 4s dan yang terawal cuma 3.5″, iPhone 5 dan yang terkini cuma 4″ sahaja. Sedangkan Adroid phone tawarkan pelbagai saiz skrin yang biasanya lebih besar..Bagi yang sangat suka main game perang, bola, lumba kereta bagi saya kurang menyeronokkan dengan saiz screen terlalu kecik.Button pun asyik salah picit..maklumlah jari besar.Tetapi dengar cerita dari berita - berita seluruh dunia iphone akan memperkenalkan screen yang lebih besar bagi iphone 6 nanti...tunggulah.
2. iPhone susah dijaga. Body iPhone dibuat dari metal dan kaca. Sentiasa kena jaga-jaga takut calar. Beli cover yang biasa tak sampai maksud, beli pula cover yang mahal.Kalau jatuh anda pasti menangis...haha
3. Apple perbodohkan pengguna iPhone dengan pelbagai cara. Apple tampilkan Siri dalam iOS 6 tapi hanya untuk iPhone 4s dan terkini. Apple tampilkan Airplay dan AirDrop dalam iOS 7 tapi hanya untuk iPhone 5 dan yang terkini. Kalau pengguna nak, sila beli iPhone baru.Terkena kan...
4. Apple paksa pengguna iPhone untuk setia. Pengguna iPhone yang dah terpikat dengan app yang tersedia dalam App Store sukar untuk beralih kepada telefon pintar lain. Pages, Keynote, Numbers, iPhoto, iMovie, Garageband dan Momento terlalu memikat hati.
5. Home button iPhone masih primitif. Walaupun iPhone 5s dilengkapi dengan fingerprint sensor, tapi ia masih primitif. Home button ialah button yang paling banyak ditekan dalam operasi iPhone dan button inilah yang akan gagal dahulu berbanding button lain. Jadi Home button sepatutnya dibina sebagai touch button, bukan press button.
6. Control Center dalam iOS 7 masih tak boleh off/on Celular Data secara terus. Masih perlu masuk ke Settings untuk off/on sedangkan celular data inilah tukang perhabis bateri paling lasak. Tak praktikal lah bila fungsi penting ni disorok dalam Settings.Rasanya android lebih menarik kot..haha
7. Notification Center dalam iOS 7 mundur ke belakang. Tap to Tweet danTap to Post yang merupakan ciri menarik dalam iOS 6 dikeluarkan bila ditingkatkan ke iOS 7.
8. iPhone tak ada fungsi Schedule. Do Not Disturb dalam iOS 7 terlalu simple, tak boleh harap. Schedule yang pengguna perlukan ialah yang boleh mengawal aktiviti setiap app supaya penggunaan bateri dapat dimaksimumkan. iPhone tak ada keupayaan ni. Do Not Disturb dalam iPhone cumalah idea mengarut.
9. Apple busy body. Bila beli iPhone, pengguna perlu register AppleID untuk membolehkannya download app dari App Store. Masa register pengguna akan “ditelanjangkan” dengan semua maklumat kena beri kepada Apple termasuk nombor kad kredit. Manakala untuk pengguna iPhone 5s diumpannya pula berikan cap jari. iPhone ni mengumpul semua maklumat sulit termasuk Photos, Contact, Location dan semua yang berkaitan dengan Sosial network kita.
10. iPhone dikekalkan dengan harga yang eksklusifnya. Kalau nak murah, orang akan beli dari Telco macam Maxis, Celcom dan DiGi. Kena patuhi kontrak langganan. Maka jadilah hamba abdi Telco untuk komitmen bulanan yang merepek dan menyiksakan. Kira balik betul-betul sebenarnya tak murah pun. Malah lebih mahal dan merugikan. Bagi saya iphone ni " OVERPRICED"
Solusi terbaiknya ialah jangan beli iPhone. Beli saja smartphone Android yang harganya kurang RM500 body plastik. Tak perlu tambah modal beli cover. Guna “naked” macam tu saja. Habis action pun tampal skrin protector. Guna pula dengan prepaid pakej internet asas percuma. Otak tak sakit, jiwa pun tak kacau.
Saturday, 28 December 2013
10 sebab tidak perlu beli iphone!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Popular Posts
-
Assalammualaikum, Ha ri n i saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan sistem operasi Android yang sedang menguasai sistem operasi t...
-
Assalammualaikum, Jika anda biasa dengan laman-laman seperti acg-tube , Pencuri Movie , atau Njoy Tube , maka anda patut tahu ada sa...
-
Assalammualaikum, Hari ini saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan iphone dan sebab - sebab kenapa anda tidak memerlukan iphone. Deng...
-
Assalammualaikum, Hari ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang baru saya ketahui...mungkin juga ada yang dah guna software ini..sofware ...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera warga blogger sekalian. Sebelum ini kita didedahkan dengan storan awan antarabangsa seperti Drop...
-
Salam 1 Malaysia, Dengan kira-kira 50 juta pemain sebulan di seluruh dunia, Candy Crush Saga yang di bawa oleh King.com adalah permainan s...
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Ada yang menghadapi sedikit masalah selepas mendaftar dengan 360 Cloud untuk menggunakan Desk...
-
Asphalt 8: Airborne v1.1.1 Mod Money Apk - Permainan perlumbaan kereta yang paling popular di google playstore dan paling banyak di cari...
-
Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak bercerita berkenaan kisah Nabi Sulaiman.Istana Nabi Sulaiman merupakan istana yang sangat megah dan...
-
Benarkah P1 Wimax banyak menipu pelanggan? Ada yang mendakwa kerana terlalu banyak menipu maka satu page di laman sosial facebook telah di ...
Pages
Total Pageviews
Powered by Blogger.
About Me
Blog Archive
-
▼
2013
(12)
-
▼
December
(12)
- 10 sebab dan keburukan sistem operasi ANDROID!!
- 10 sebab tidak perlu beli iphone!!
- Aplikasi Layan Movie untuk OS ANDROID
- Membuat Hotspot WIFI dengan Connectify
- 360 CLOUD : Sedikit Tips
- 360 CLOUD: Storan Awan Bersaiz 36TB Percuma
- Candy Crush Cheats, Hack and Tips- Jom Tengok!!!!
- Redline Rush v1.3.1 Mod Money Apk
- P1 Wimax Banyak Menipu Pelanggan??
- KEMEGAHAN DAN KEINDAHAN ISTANA NABI SULAIMAN
- Diganggu jin dan syaitan
- Dunia Games Android: Asphalt 8: Airborne v1.1.1 Mo...
-
▼
December
(12)
0 comments:
Post a Comment