Saturday, 28 December 2013

10 sebab dan keburukan sistem operasi ANDROID!!

Assalammualaikum, 




Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan sistem operasi Android yang sedang menguasai sistem operasi telefon pintar didunia..Keburukan sistem android ini banyak datangnya daripada kehendak Google sendiri yang mahukan Android menguasai sistem operasi smartphone.Sebenarnya android boleh menyamai kehebatan sistem ios dengan mudah oleh Google tetapi disebabkan google mahukan semua peranti pintar ini boleh menjalankan sistem operasi ANDROID dari versi peranti murah sehingga peranti mahal jadi inilah hasilnya.Ia amat mewah dan ranggi . Android adalah satu platform yang sangat menarik dan boleh disesuaikan dengan semua smartphone dan merupakan pesaing utama untuk Apple iPhone dan IOS . Ilham Google dalam mencapai status arus perdana membolehkan mereka merajai OS telefon pintar. Sesetengah orang akan berkata, menjadi popular bukanlah jaminan membuatkan ia baik dan menarik.

Bagi saya pertumbuhan Android adalah luar biasa. Dalam masa setahun, mereka boleh mencapai dari 35% kepada 52.4% bahagian pasaran didunia . Malah saya juga  sebahagian dari statistik yang dikeluarkan tahun lepas bagi pasaran telefon pintar.Saya harap update terbaru 4.4 KITKAT google dapat mengatasi masalah ini kerana versi terbaru ni support untuk peranti low-end sehingga high-end.



1.Freezing/Force Close. Perkara pertama yang saya bosan menggunakan Android ni  adalah kerana freezing/force close. Aplikasi akan force close apabila tiada tindak balas.Anda akan diminta untuk menutup app secara paksa.kalau rajin report la. Perkara ini bukan lah perkara yang terpecil.Jika anda rujuk dimana-mana forum android memang banyak orang complain berkenaan hal ini.Perkara ini datangnya dari OS android itu sendiri.. Walaupun Android berasaskan Linux, kita rasa seperti kita menggunakan versi telefon pintar Windows Vista. Sentiasa Force Close!..Perkara ini banyak terjadi pada smartphone low-end dan middle. bagi high end seperti S4,Note3,HTC One, Sony Z1, LGG2 kurang mengalami masalah ini kerana mempunyai processor yang lebih berkuasa.

2.Iklan. Aplikasi di peranti Android memang boleh didapatkan dengan mudah dan percuma, namun masalahnya di setiap Aplikasi tersebut, akan selalu ada Iklan yang terpampang, entah kat atas atau kat bawah aplikasi. Kalau nak atasi masalah ni kena la root smartphone anda.pasang aplikasi ADway.Iklan berjaya dihalang.

3.Fragmentation(Pemecahan). Salah satu masalah yang lebih serius dengan Android adalah platform berpecah-belah. Kebanyakan aplikasi bergantung kepada versi yang lebih baru daripada Android yang bermakna sama ada anda perlu untuk menaik taraf OS anda ataupun membeli peranti baru yang mempunyai update terkini. Jika anda menggunakan Os Gingerbread atau Ice cream Sandwich tetapi aplikasi hanya support untuk pengguna yang menggunakan OS 4.1 jellybean keatas. Oleh kerana kebanyakan pengeluar peranti mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan update terbaru jadi tak dapatlah anda menikmati aplikasi yang tak support pada peranti anda..Biasanya kitaran update OS terbaru bagi pengguna smartphone yang menggunakan android hanya 18 bulan.Lepas 18 bulan takda lagi update terbaru jadi terpaksalah tukar smartphone baru..Pandaikan mereka paksa pelanggan membeli lagi smartphone baru.Sebenarnya, saya tidak terkejut . Selain daripada versi Android bagi peranti NEXUS, anda juga mempunyai pilihan dari pengeluar peranti  Android. HTC mempunyai SenseUI , Samsung TouchWiz , dan Motorola mempunyai MotoBlur . Setiap pengeluar menggunakan Android dan mertukar ke dalam versi mereka sendiri dengan unik . Ini menjadikan pengalaman setiap peranti mempunyai hasil yang berbeza. Hasilnya ? Pemecahan .

4.Internet. Memerlukan sambungan Internet yang terus menerus – kebanyakan peranti Android memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif.kena ada duit lebih sikit la kalau nak gunakan peranti android ni.



5.UI Yang Teruk. Masalah seterusnya saya dengan Android adalah antara muka pengguna. Pada mulanya, saya fikir ia adalah hebat . saya merasakan ia seperti kita mempunyai sebuah komputer kecil di tangan. Selepas menggunakannya untuk sementara waktu, saya mempunyai peluang untuk melihat secara objektif di dalamnya. Saya dapati ia bukanlah seperti yang saya harapkan. Kebanyakkan pengeluar tidak memberi UI yang hebat terutamanya samsung...dan kebanyakkan pengguna akan menggunakan launcher berbayar untuk mengatasi masalah ini.



6.Widget. Selain dari masalah UI yang teruk adalah widget. Widget adalah aplikasi seperti mikro yang dijalankan pada " desktop " Android. Banyak aplikasi datang dengan widget yang anda boleh letakkan pada skrin Home anda. Android mempunyai beberapa pramuat dan HTC pula mempunyai banyak widget di SenseUI mereka .Ada yang mudah, ada yang berfungsi, ada yang hodoh dan ada yang nampak bodoh. Semua widget ini kelihatan keluar dari tempatnya melainkan jika anda mengikuti skim warna yang ketat. Namun begitu, konsisten adalah masih sukar untuk dicapai melainkan jika anda mempunyai tema yang hebat. Saya juga pernah cuba untuk menggunakan banyak widget pada peranti saya tetapi OS akan rasa berat dan banyak penggunaan ram...bateri juga lebih banyak disedut. Pengeluar peranti juga tidak menyediakan widget yang menarik. Jadi kena beli di playstore baru dapat widget yang cantik.



7.Jangka hayat bateri. Bateri adalah komponen paling penting dalam smartphone. Bila kuasa bateri tu rendah, maka sekejaplah kita boleh guna, tapi bila kuasa bateri tu tinggi, kita boleh guna sampai berhari2. Tapi kebanyakan smartphone sekarang mempunyai kuasa bateri sekitar 1500mAh - 2500 mAh. Bagi saya ini tidak mencukupi sebab smartphone banyak consume power battery.OS android bagi saya terlalu kuat menyedut kuasa bateri apabila kita tidak menggunakannya. Jika guna lagi kuat bateri habis..Jadi anda terpaksa melakukan beberapa langkah bagi memastikan jangka hayat lebih panjang.Kena buka tutup data network, tutup semua aplikasi , clear ram, kurangkan brightness anda ataupun memasang aplikasi bateri saver.



8.Tetap lembap walaupun menggunakan Processor yang berkuasa. Bercakap pemproses kelajuan GHz , dari pandangan saya masih rasakan peranti yang menggunakan sistem Android tetap mengalami masalah kelembapan.Masalah ini hadir biasanya setelah anda menggunakan bagi tempoh 3 bulan keatas . Iphone 5 menggunakan processor yang lebih rendah dari samsung s4..tetapi ios lebih lancar walaupun bertahun kita menggunakannya.Bagi android kita perlu selalu servis bagi mendapat kelancaran yang hebat.. Bagi peranti low-end dan middle ia amat menyedihkan melihat betapa lembapnya android tersebut walaupun menggunakan dual core 1.2 Ghz.Ia nampak lembap dan selalu hang..harap update baru kitkat 4.4 dapat mengatasi masalah bagi peranti low-end dan middle. Jelly bean begitu teruk bagi peranti low-end dan middle.



9.Shady App Opt-in. Kebanyakan aplikasi  pihak ketiga Android ini  mempunyai opt-in yang memerlukan anda untuk membocorkan privasi anda. Aplikasi ini sering mendapat akses kepada data dan lokasi anda. Mengapa aplikasi pihak ketiga perlu tahu di mana anda berada? Masalahnya ialah anda tidak boleh memasang aplikasi ini tanpa memberi persetujuan kepada mereka. Lama - kelamaan ia menjadi perkara biasa pada anda, anda tidak berfikir mengenainya lagi. Klik seterusnya , seterusnya , menerima, memasang . Anda mahu akses ke lokasi GPS saya? Boleh! Mengapa tidak ...Haha



10.Had penggunaan dan kawalan. Akhir sekali banyak perkara yang disekat didalam android ini oleh pengeluar,,anda tidak mendapat akses sepenuhnya.Ia menyebabkan anda perlu root peranti anda untuk mendapat kawalan yang sepenuhnya. Tetapi warranty void!! . Itu masalahnya. banyak perkara yang boleh dilakukan pada android tetapi disekat..Banyak aplikasi yang memang tersedia dipasang oleh pengeluar tetapi anda tidak boleh buang kerana telah dikunci.Kadang kala aplikasi itu anda tidak perlukan..ia hanya menghabiskan memori dan penggunaan ram anda sahaja. Semua perkara ini menyebabkan kawalan yang terbatas untuk sebuah peranti yang anda telah bayar beribu-ribu.anda..Anda akan kecewa jika anda seorang yang hardcore pada peranti..Tetapi jika perempuan mereka tidak tahu apa-apa berkenaan kawalan ini...haha

Ulasan.

Ini adalah 10 perkara yang saya membosankan pada Android. Walaupun ada yang lebih serius daripada yang saya nyatakan , saya rasa ini adalah perkara yang baik untuk dinilai oleh pengguna sebelum membuat keputusan pembelian peranti yang mahal. Tiada platform yang sempurna dan saya tidak mengatakan bahawa Android tidak bagus.. Banyak juga yang bagus berkenaan android ini dan lebih bagus dari IOS. Jadi kita tidak perlu terlalu beremosi untuk mempertahanka OS apa yang kita sedang guna sekarang..Saya sendiri gunakan kedua-dua os iaitu Android dan IOS... Walaupun popular tidak bermakna ia hebat, saya tidak boleh menafikan kesan yang besar yang dibawa oleh android pada telefon pintar . Kebanyakkan kelemahan android ini seperti yang saya nyatakan adalah kerana android mahukan semua orang boleh menggunakan telefon pintar dari peranti yang murah sehingga yang mahal.Ini pengorbanan dari pihak google sendiri. Saya harap mereka bekerja keras untuk memperbaiki platform mereka untuk pengguna. Cukup tentang apa yang saya fikirkan. Saya menggunakan samsung galaxy s4 lte. dan ketika ini saya sangat berpuas hati dengan peranti saya.Apa yang anda tidak suka mengenai Android?

0 comments:

Post a Comment